Sidang jumaat yang berbahagia,
Marilah kita meningkatkan iman dan takwa kepada allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh melaksanakan semua perintahnya serta meninggalkan semua larangannya. Semoga kita dapat melaksanakan ibadat puasa dan ibadat lain dengan sempurna seterusnya mendapat keredhaan dan keampunan daripada allah s.w.t.
Sidang jumaat yang dikasihi,
Kehadiran ramadhan yang penuh dengan keberkatan membawa isyarat bahawa umat islam diwajibkan berpuasa pada siang hari selama sebulan, Ianya jelas membawa khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh mereka yang merinduinya, kerana disepanjang bulan tersebut penuh dengan rahmat dan kasih sayang allah s.w.t kepada mereka yang taat mengerjakan ibadat.Janji ganjaran berlipat kali ganda dan melimpah ruah adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh ummat yang gemar melakukan ibadat dan berbuat kebajikan.Kepada mereka yang melakukan ibadat khususnya ibadat puasa berharap akan dapat meningkatkan ketakwaan kepada allah s.w.t, sebagaimana firmannya dalam surah al-baqarah ayat 183 yang telah dibacakan tadi bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa”.
Ayat tersebut memerintahkan kita berpuasa agar dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada allah s.w.t hingga mempunyai jiwa takwa. Secara mudah takwa bermaksud gemar melakukan segala suruhan allah dan bersungguh-sungguh menjauhi segala larangan allah yang membawa kepada siksaannya diharo akhirat. Orang yang bertakwa sentiasa merasa takut dan gerun terhadap janji siksaan daripada allah. Oleh itu,mereka akan sentiasa istiqamah,redha dan berasa kecukupan dengan apa yang dikurniakan allah s.w.t kepadanya dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sangat-sangat kematian.
Sidang jumaat yang dikasihi,
Alhamdulillah,pada tahun ini sekali lagi kita diberi peluang untuk berada pada bulan yang mulia ini, tentunya kita tidak mahu terlepas peluang keemasan untuk merebut sebanyak mungkin ganjaran daripada allah s.w.t dengan menunaikan ibadat puasa dan ibadat-ibadat lain yang sangat tinggi ganjarannya agar dapat difahami melalui sebuah hadis kudsi daripada Abu Hurairah r.a rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Allah berfirman : setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa, sesungguhnya ia untukku dan akulah yang akan memberi ganjarannya,puasa itu adalah perisai.Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar.Jika seseorang mencacimu katakanlah kepadanya: saya berpuasa, saya berpuasa.Demi tuhan yang diri muhammad ditangannya,sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi allah dari bau kasturi.Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang akan diraikannya,ia gembira ketika berbuka dan apabila bertemu tuhannya ia bergembira dengan berpuasanya”.
(Riwayat Al-Bahari)
Sidang jumaat yang berbahagia,
Ramadhan bulan penuh berkat. Terlalu banyak hikmah yang merupakan nikmat allah yang amat besar untuk hambanya yang beriman dan beramal soleh. Antara hikmah dan pengajarannya:
1- Puasa sebagao satu syiar islam yang melambangkan perpaduan erat umat islam,kerana pelaksanaan ibadat puasa adalah serentak dan kifayah yang selaras diseluruh dunia. Perpaduan kukuh digambarkan melalui rasa kebertanggungjawapan ummat menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan melampaui batasan geografi.
2- Puasa memperkukuhkan lagi ekonomi ummat melalui aktiviti perniagaan diantara dunia islam khususnya, kerana pada lazimnya permintaan keatas barangan makanan utamanya meningkat. Umat islam hendaklah merebut peluang ini samada diperingkat tempatan mahupun dpersada antarabangsa.
3- Puasa suatu ibadat yang mampu merapatkan hubungan sesama insan, bukan hanya hubungan dalam kekeluargaan semata-mata. Persaudaraan yang kukuh mampu dibina apabila seseorang itu dapat mengawal tutur kata,tingkah laku, perbuatan untuk diberi perhatian agar ibadat puasa tidak menjadi sia-sia daripada mendapat ganjaran pahala.
4- Ibadat puasa merupakan satu bentuk sistem pendidikan dan latihan secara amali untuk mendekatkan diri kepada allah (Taqarrub Ilallah). Puasa bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga, tetapi ianya meliputi seluruh anggota tubuh badan seperti mata,telinga,mulut dan lain-lain anggota yang perlu dilatih dan dibentuk untuk tunduk dan patuh kepada perintah allah s.w.t.
5- Puasa adalah salah satu daripada cara untuk membina kesihatan.Kita sedia maklum bahawa salah satu daripada punca penyakit adalah melalui pemakanan kita. Puasa melatih manusia supaya tidak gelojoh apabila menjamu selera terutama sekali diwaktu berbuka puasa, memilih makanan yang berzat seperti manisan dan makan hanya sekadar membina kekuatan untuk melaksanakan ibadat.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Terlalu banyak untuk menyebutkan hikmah berpuasa. Apa yang penting ialah kita semua hendaklah mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk menambah amal ibadat. Ianya bukanlah semata-mata ibadat khususnya yang diwajibkan,tetapi meliputi ibadat-ibadat sunat yang lain seperti solat terawih dimasjid,disamping memperbanyakkan amalan iktikaf,membaca atau bertadarus al-quran disamping memahami isi kandungannya,berziarah kerumah-rumah kebajikan disampaing menghulurkan bantuan dan amalan-amalan kebajikan lain. Kita juga hendaklah sedaya upaya memperbanyakkan memohon keampunan daripada segala dosa dan kesalahan sesama insan mohon doa untuk kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat, mengunjungi ibu bapa,sanak saudara,memperbanyakkan ucapan tasbih, tahmid dan takbir.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Dikesempatan berada pada bulan ramadhan,marilah sama-sama kita merenung tentang ilmu, amal dan iman kita kepada allah s.w.t dan dengan berulang-ulang memuhasabah diri kita.Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan membawa suatu motivasi yang tinggi untuk mengubah kehidupan kita daripada kurang beribadat kepada rajin beribadat, daripada kurang mencintai al-quran kepada gemar kepadanya dan beramal dengannya, daripada suka kepada perbuatan keji dan munkar kepada amal-amal soleh dan perkara makruf.Demikianlah hebatnya dorongan daripada ibadat puasa kepada sesiapa sahaja yang mahu menghayatinya. Mudah-mudahan kita tergolong daripada kalangan orang-orang yang sangat suka kepada kehadiran bulan ramadhan dan merebut peluang beramal bersama-samanya.
Peliharalah kesucian ramadhan dengan melaksanakan ibadat puasa disamping menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang dan menrosakkan ibadat puasa kita seperti mengumpat,bercakap bohong,melakukan perkara yang sia-sia,melihat perkara yang memberangsangkan nafsu syahwat,mendengar ucapan yang kotor dan keji, bertengkar sesama insan yang membawa kepada perkelahian dan apa jua perbuatan atau amalan yang membawa dan mendorong kepada kejahatan, Fahishah (perbuatan yang keji) dan dosa. Pastikan diri kita tidak meninggalkan kewajipan puasa ramadhan sebaliknya orang yang meninggalkan kewajipan puasa ramadhan tanpa sebab dan alasan,ingatlah pesanan rasulullah s.a.w:
“Rugilah seseorang yang datang kepadanya bulan ramadhan ,dia membiarkannya berlalu begitu sahaja sebelum dosanya diampunkan”.
(Riwayat At-Tarmizi)
(”Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidiah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidiah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidiah) kalau kamu mengetahui”.
Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke-arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke- jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
0 komentar:
Posting Komentar